西迪法兹尔博士(Dr.Siddiq Fadzil)对马来社会而言,并不陌生。他曾和安华一起领导马来西亚伊斯兰青年运动(ABIM)。当下,他领导著一个非政府组织──WADAH,一个以推动知识对话,提升马来文化和伊斯兰的非政府组织。

无可否认,许多人对西迪博士在推动马来人道德、文化和礼节方面的领导激赏不已。他提醒族人,非马来人的存在不是一种威胁,而是马来西亚建国过程中,有异于他国的特点。

虽然我多次听过西迪博士的演讲,但参加他领导的讨论会,对我来说是一次全新的体验。这也是我第一次参与。我也很惊讶,特别是当他讨论马来人主权课题时,他以开放的态度,接受现场出席者从学术或知识性角度提出的论点与批评。

其他族群也持拥有权

“这个马来西亚,是马来人的,还是我们共同拥有的?”,这是他当晚抛出的其中一项问题,引起我们热烈的讨论。

他说,从法律角度,没有任何证据表明非马来人不拥有这国家。他进一步说,基于上述情况,拿督哈山阿里(Hasan Adli,前伊党领袖)在1970年代任国会议员时,曾促国会发表一项明确声明,指马来西亚属于马来人。然而,这项要求遭到当时许多国会议员的反对,包括来自巫统的议员。

现场热烈讨论时,一位大叔插口,抛出了一个论点:一名屋主,可以把屋内的其他人赶走,但在马来西亚,马来人不能驱逐其他民族。因此,“这国家属于马来人”的论述并不正确。他进而断言,其他民族也如马来人般拥有这国家。

虽然他只是纯粹插口,加上其引人发笑的语调,但他的论点引起我的兴趣,因为它让我思考这观点背后的事实。

以“和平”为论述,西迪博士成功让所有出席者从两个角度即伊斯兰和马来人来思考。

从伊斯兰角度言,他解释了“和平”的讯息如何被置于崇高的地位。论据是,al-Salam字眼,意思是“和谐”,它不仅用于经文开头,更融入穆斯林生活中。例如,Islam(伊斯兰)这个词本身来自salam(问候);Salam也是上帝的其中一个名字;到天堂的问候语也是Salam。

“权力分享”

他也举出马来文的和平概念。其中,马来人词汇里与selamat“安全”同义的,都带有“和平”与“和谐”的讯息。例如,selamat pagi(早安)、selamat malam(晚安)、selamat hari raya(佳节快乐)、selamat berpuasa(斋戒愉快)、selamat jalan(一路平安),甚至在死亡一事,仍然有与平安类似的片语,selamat dikebumikan(平安安葬)。

基于这些论点,西迪博士对部份马来穆斯林社会,似乎不明白自己的宗教根源和文化,感到担忧,尤其看到了近日的政局发展。

回顾当前的政治局势,他提出了马来西亚政治力量问题,是基于“权力分享”,还是“族群主导”。

西迪博士明确指出,尽管巫统已执政超过60年,但“族群主导”方式却是巫统在最近大选中败北的因素。因此,他说,“权力分享”方式应是重塑新政治文化的理论。虽然我只是一名出席者,但是西迪博士也邀请我发表看法。在“权力分享”基础上,我认为,穆斯林世界当代著名学者如卡塔尔的尤索卡拉达维(Yusufal-Qaradawi),毛利塔尼亚的宾巴雅(Bin Bayyah)和突尼斯的拉昔甘努斯(Rashid Ghanoushi)也意识到现代政治话语中的“权力分享”概念,并在其论述中引可兰经和圣训为证。

非穆斯林可当领袖

例如,尤索卡拉达维解释说,古兰经的经文没阻止非穆斯林出任一国领袖,反之有关禁令,主要是集中在委任攻击伊斯兰以及试图驱逐穆斯林的领袖。同样,宾巴雅的评论也解释了相同的事件,经文只是禁止非穆斯林插手伊斯兰的事务。

总之,马来西亚具有独特的文化和宗教多样性,可以说是一个有吸引力的国家。然而,有时候一些不负责任人士会煽动种族情绪和宗教仇视。相互尊重、容忍和珍惜的精神,应提升为国家的核心。这是因为,这个核心让我们从过去至今,一直和平相处。

《马来西亚属于谁的?》(Malaysia ini milik siapa?)原文:

Dr.Siddiq Fadzil bukan tokoh yang asing bagi masyarakat Melayu. Pernah memimpin ABIM bersama Anwar Ibrahim. Kini beliau memimpin WADAH, sebuah NGO yang banyak ke hadapan dalam wacana-wacana ilmu dengan mengangkat Islam dan kebudayaan Melayu.

Tidak dinafikan, ramai yang teruja dengan ketokohan Dr.Siddiq Fadzil dalam hal mengangkat soal akhlak, adab dan kesopanan Melayu. Beliau memberi kesedaran kepada anak bangsa bahawa kewujudan bangsa selain Melayu bukan ancaman, tetapi itu adalah keistimewaan dalam membina Malaysia sebagai negara yang hebat berbanding negara-negara lain dalam dunia.

Walaupun sudah berkali-kali saya mendengar ucapan Dr.Siddiq, tetapi menghadiri usrah pimpinan beliau adalah pengalaman baru bagi saya. Ini adalah pertama kali bagi saya. Saya teruja. Terutama, apabila beliau membawa wacana ketuanan Melayu, dan terbuka kepada sebarang hujah, mahupun kritikan secara akademik dan intelektual dari rakan-rakan yang hadir.

Milik siapa?

¨Malaysia ini, apakah milik Melayu, atau milik kita semua?〃, satu soalan yang dilontarkan beliau untuk mencetuskan wacana menarik kami pada malam itu.

Menurut beliau, tidak ada satu bukti pun dari sudut perundangan bahawa bangsa selain Melayu tidak memiliki negara ini. Beliau menjelaskan lagi, dalam situasi tiada bukti kukuh ini, Datuk Hasan Adli (bekas pemimpin PAS) yang pernah menjadi Ahli Parlimen dalam era 1970-an mendesak agar parlimen ketika itu membuat satu pernyataan yang jelas bahawa Malaysia adalah kepunyaan bangsa Melayu. Tetapi, desakan itu mendapat bantahan dari ramai ahli parlimen ketika itu, termasuk yang berasal dari UMNO.

Sedang rancak berwacana, seorang pakcik yang turut hadir dalam usrah kami menyampuk dengan memberikan hujah bahawa orang yang memiliki sesebuah rumah, boleh sahaja menghambat keluar orang lain dari rumahnya. Tetapi di Malaysia, bangsa Melayu tidak boleh hambat bangsa lain dari menduduki negara. Justeru itu, dakwaan bahawa hanya Melayu sahaja memiliki negara ini adalah tidak benar. Bahkan beliau menegaskan, bangsa lain juga memiliki negara ini sepertimana Melayu.

Walaupun beliau sekadar menyampuk dengan disertakan nada yang menyebabkan kami ketawa, tetapi hujah beliau itu ternyata menarik minat saya, kerana ia menyebabkan saya berfikir kebenaran di sebalik hujah tersebut.

Keamanan

Dengan naratif ¨keamanan〃, Dr.Siddiq berjaya menarik perhatian semua hadirin agar berfikir dari dua sudut, iaitu Islam dan Melayu.

Dari sudut Islam, beliau menjelaskan bagaimana mesej ¨keamanan〃 itu diangkat pada kedudukan yang amat tinggi. Buktinya, penggunaan kalimah ¨al-Salam〃 yang membawa maksud ¨kesejahteraan〃, yang ia bukan sekadar digunakan pada permulaan bicara, bahkan ia digunakan dalam setiap inci kehidupan muslim. Contohnya, kalimah ¨Islam〃 itu sendiri berasal dari akar kata ¨salam〃; salah satu nama Tuhan itu ¨Salam〃; masuk ke syurga juga dengan ucapan ¨Salam〃.

Beliau turut mengungkapkan konsep keamanan dalam bahasa Melayu. Antara contohnya ungkapan orang Melayu yang amat sinonim dengan kalimah ¨selamat〃 yang semuanya membawa mesej keamanan dan kesejahteraan. Misalnya, ungkapan ¨selamat pagi〃, ¨selamat malam〃, ¨selamat hari raya〃, ¨selamat berpuasa〃, ¨selamat jalan〃, hatta dalam hal kematian pun masih lagi dekat ungkapan keamanan, iaitu diungkapkan ¨selamat dikebumikan〃.

Dengan hujah-hujah ini, Dr.Siddiq melahirkan kebimbangan terhadap sebilangan masyarakat muslim berbangsa Melayu di Malaysia yang seakan-akan tidak menghayati akar agama dan kebudayaannya sendiri, setelah melihat perkembangan politik mutakhir ini.

Kongsi kuasa

Melihat keadaan politik semasa, beliau membangkitkan persoalan kekuatan politik di Malaysia, apakah berasaskan kepada ¨perkongsian kuasa〃, ataupun berasaskan kepada ¨dominasi sesuatu kaum〃.

Secara tegas Dr Siddiq menyatakan, walaupun UMNO sudah berkuasa untuk lebih 60 tahun, tetapi pendekatan ¨dominasi kaum〃 menjadi antara faktor UMNO kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Justeru, beliau menyatakan pendekatan ¨perkongsian kuasa〃 adalah satu teori yang wajar diketengahkan dalam budaya politik baru.

Walaupun saya hanya sebagai hadirin, Dr.Siddiq memberikan peluang kepada saya untuk memberikan pandangan. Atas asas wacana ¨perkongsian kuasa〃, saya kira ulama kontemporari terkenal dalam dunia Islam seperti Yusuf al-Qaradawi dari Qatar, Bin Bayyah dari Mauritania dan Rashid Ghanoushi dari Tunisia juga sudah sedar konsep ini dalam wacana politik moden dengan disertakan hujah-hujah mereka menerusi al-Quran dan Hadis.

Contohnya, al-Qaradawi sudah menjelaskan bahawa nas al-Quran tidak menghalang pelantikan non-muslim sebagai pemimpin dalam sesebuah negara, sebaliknya larangan-larangan itu tertumpu kepada melantik pemimpin yang menyerang agama Islam dan mereka berusaha mengeluarkan muslim dari negara mereka. Demikian juga, komentar Bin Bayyah yang menjelaskan perkara yang hampir sama. Cuma, dalam nas itu hanya melarang non-muslim campur tangan dalam urusan yang melibatkan kepercayaan Islam.

Penutup

Dengan keunikan budaya dan kepelbagaian anutan agama, Malaysia boleh disifatkan sebagai negara yang menarik. Namun, kadangkala budaya perkauman dan permusuhan berasaskan agama sengaja diapi-apikan oleh sebilangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Budaya saling menghormati, toleransi dan saling menghargai amat wajar diangkat sebagai teras dalam bernegara. Ini kerana, teras ini yang menjadikan kita aman sejak dahulu lagi.

热门新闻

阅读全文

2罗里5车相撞! 南北大道连环撞致10公里车龙

阅读全文

“头号公敌”辞职币圈狂欢 比特币冲上9.9万美元

阅读全文
女摊贩解释,当时顾客多,妇女一听到要排队就不高兴,还说要退钱,但材料都已准备好。

预定薄饼取餐等40分钟 妇申诉:摊贩突退款不卖

阅读全文

史上第一家来马上市香港公司 知行集团布局引关注

阅读全文

伊党:我们更适合领导国盟 民政:慕尤丁当之无愧【东方头条】2024-11-22

阅读全文

《黑神话:悟空》荣获《金摇杆》年度最佳游戏

阅读全文

【名家】林肯智:种族主义现实是决心问题

名家

我曾撰文指出,认定种族存在会助长种族主义。言下之意就是:尽可能不要认定种族存在。稍不留神会以为这提议跟因噎废食没有两样:...

阅读全文

郑庭河:教育的政治化和伤害华社

名家

最近拉曼大学学院于2019年财政预算的行政拨款从之前的3000万被砍至550万,马华和坊间一些人立刻跳起来指责希盟政府“...

阅读全文

郭朝河:你是600亿遗嘱的一分子吗?

名家

话说,在制作的投资理财电视节目《全家私房钱》播完后,在官方网站和脸书依旧有不同的回响。问题多元,除了聚焦在投资股票的问题...

阅读全文

谢诗坚:中国谱写历史新篇章

名家

应中国驻槟城总领事馆的邀请,我出席了12月8日在槟州华人大会堂举行的《纪念中国改革开放四十周年》的座谈会(这是指从197...

阅读全文

【名家】林金树:俄罗斯强占克里米亚原因

名家

11月25日,乌克兰的3艘舰艇及其水兵,在克里米亚半岛附近被俄罗斯扣押,引起两国骂战,也使克里米亚半岛的主权归属问题再次...

阅读全文

庄仁杰:经济发展迷思

名家

最近柔佛州龟咯岛(Kukup)成为大家关注的焦点。最新的柔佛宪报中,前柔佛州国阵政府把这地方从原先的国家公园名单中除名,...

阅读全文

【名家】姚丽芳:国语地位vs第二语文教学法

名家

2001年杪, 董教总组教育拜访团, 与泰国、越南、柬埔寨及寮国的华人团体及华校交流。柬埔寨70年代动乱,华文教育经历打...

阅读全文

陈锦松:被骑劫的正义

名家

一个立意良善的公约,是一个共同的价值观。就如社会平等、济弱扶贫、彰显正义。但当一个被普遍认可的公约,无法落实,不是因为正...

阅读全文

孙和声:多元异体的大马印度裔

名家

大马印度裔,给人的一贯印象便是,他们是大马最被边缘化的族群,即便在2007年,他们发动了一场声势浩大的“兴权会”运动,可...

阅读全文

李的洺:百姓要的很简单

名家

马华中央党选折腾一轮,已尘埃落定,关心马华的民众也希望该党收拾心情重新出发,在未来的数年,做一些能让民众感受到的改革,让...