最近,社交媒体上掀起一场抵制非穆斯林产品运动,是先从某些政党和非政府组织的一些宗教师发表的声明。不久,这项运动很快改变方向,从抵制非穆斯林产品到优先购买穆斯林产品,因为一些人士澄清,他们并没有意图抵制非穆斯林产品。

更莫名其妙的是,有人散播具诽谤的谣言,指宜康省(Econsave)超市不摆卖穆斯林产品。该超市随后向警方报案,而诽谤者则作出道歉。读到这些新闻时,我在想──鼓吹这些活动者是不经深思的人,没考虑到这些言行带来的影响。

这也令我想起多年前的一项运动,鼓吹摩哆骑士踹踢那一些使用摩哆车道的车子侧镜之运动。当时,朋友询问我的意见,我声明不认同有关的举动。理由是,这样的举动会危及摩哆骑士,因为我们不知道汽车司机的个性和内心。很有可能,摩哆骑士踹踢车子侧镜后,汽车司机因生气而撞上摩哆。

因此,当读到关于抵制非穆斯林产品以及后来转为穆斯林产品优先的运动时,我的感受也是如此。试想,如果今天穆斯林鼓吹穆斯林产品优先,明天非穆斯林也鼓吹他们的公司应优先聘用非穆斯林——如果发生这种情况,肯定将制造一个不健康的未来氛围。

品质价格是优先考量

尤其这项运动源起于去年大选中失利的党团人士所挑起的种族和宗教情绪课题有关时,这样的趋势是不健康的。更重要的是,这样的运动并不会带来好的成果。反之,在鼓吹这项运动时,所种下的种族仇视及宗教差异,多多少少将影响我国各族群和宗教之间的关系。

在《圣训》里,有提到友人要求先知固定市场上的价格。当时,先知并不想按照友人的要求行事,因为先知想让商品价格依据市场的竞争来决定。

这个圣训获到许多学者的回应和评论。其中就有评论指,当市场竞争激烈时,每个商家都会尽力确保他们的商品销售出去。为此,他们所采取措施之一,是确保商品质量良好,并试图以便宜价格吸引顾客。

当先知被任命为麦地那政府首脑时,也引入了这种竞争概念。为穆斯林打造一个市场,使他们能够在犹太人主导的市场里健康地竞争,也就是,为麦地那人民提供优质的服务。作为买家,我选择产品时,当然考量品质,再加上便宜的价格。

当穆斯林商人产品缺少或没有品质,加上价高,他的商品将不会是人们的选择。更重要的是,非穆斯林生产的同样产品,也可在同一市场上,被视为有品质,并可更便宜买到时,消费者肯定更倾向于非穆斯林产品而不是穆斯林产品。

因此,我认为,穆斯林应鼓吹的是追求有素质产品运动,而不是穆斯林产品优先。这是因为,有可能穆斯林生产的产品不是有品质的,而非穆斯林生产的则是优质产品。所以,若穆斯林的产品是有品质的,不需宣传,其产品肯定也能得到消费人青睐。

靠宗教竞争不长远

总结而言,一个卖椰浆饭的小贩,生意不好,他需要省思及找出为何产品卖不出的原因。为了让产品畅销,他需要确保其椰浆饭比其他店的更好吃。此外,价格也应该便宜。

经济领域里也是如此竞争的。当我们面对竞争失败时,要找出产品不销的症结,而不是依靠宗教之名,例如将产品标记为“伊斯兰(sunnah)食品”等来竞争。正确的方法不是指责别人的产品,而是采取具生产力的思维,产出比别人更有素质的产品。反之鼓吹穆斯林优先而不注重品质,这样的运动不会走得更远。

《穆斯林产品或有品质产品》(Produk Muslim Atau Produk Kualiti)原文:

Baru-baru ini, tersebarnya satu kempen di media sosial – boikot produk non-muslim. Kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebilangan guru agama dari parti politik dan badan-badan bukan kerajaan tertentu. Tidak lama kemudian, kempen tersebut telah bertukar jenama - dari boikot produk non-muslim kepada mengutamakan produk muslim – yang menurut dakwaan sesetengah pihak, mereka tidak berniat untuk memboikot barangan non-muslim.

Tidak semena-mena pula, tersebar fitnah - kononnya pasaraya Econsave tidak mengambil produk muslim. Lalu, pihak pasaraya membuat laporan polis dan pihak yang memfitnah pula meminta maaf.

Membaca berita ini, apa yang saya terfikir – kempen sebegini datang dari mereka yang tidak berfikir panjang, tanpa melihat kepada implikasi terhadap tindakan sebegitu.

Bertindak tanpa memikirkan implikasi ini, mengingatkan saya kepada satu kempen dalam beberapa tahun lalu, iaitu, kalangan penunggang motosikal membuat kempen sepak “side mirror” kereta yang menggunakan bahu lebuhraya, yang mana ia merupakan laluan motorsikal. Ketika itu, saya diminta pandangan oleh seorang teman. Saya menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan kempen tersebut. Alasan saya, implikasi terhadap kempen itu, dibimbangi bahaya menimpa pada pihak penunggang motosikal pula. Ini kerana, kita tidak tahu apa sifat dan hati budi pemandu kereta. Memungkinkan sahaja, apabila penunggang motosikal sepak “side mirror”, pemandu kereta jadi marah dan melanggar pula penunggang motosikal. 

Demikianlah, apabila saya membaca berita berkenaan boikot produk non-muslim yang kemudian bertukar kepada kempen utamakan produk muslim. Bayangkan, jika hari ini muslim berkempen untuk mengutamakan produk muslim, dan esok pula non-muslim berkempen untuk mengutamakan pekerja non-muslim untuk syarikat mereka. Jika ini berlaku, sudah pasti akan mewujudkan suasana yang tidak sihat untuk masa akan datang.

Ia lebih dirasakan tidak sihat, apabila latar belakang kempen ini bermula dari isu yang melibatkan sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh kelompok dan parti politik yang kalah dalam pilihan raya umum tahun lalu. Apatah lagi, jika kempen ini tidak ke mana-mana. Tetapi, dalam jangka kempen itu, ditanam doktrin kebencian berasaskan kaum dan perbezaan anutan agama Islam yang sedikit sebanyak meninggalkan kesan tidak baik kepada hubungan kaum dan penganut agama dalam negara.

Kualiti produk

Dalam Hadis, dikisahkan bahawa Nabi diminta oleh sahabat untuk melakukan penetapan harga di pasaran. Ketika itu, Nabi tidak mahu menetapkan harga di pasaran sepertimana yang diminta oleh sahabat, kerana mahu membiarkan perjalanan harga barang berlaku dalam persaingan pasaran secara sihat.

Hadis ini mendapat respon dan komentar dari ramai ilmuwan. Antara komentarnya adalah, apabila wujud persaingan dalam pasaran, sudah pasti setiap peniaga akan berusaha untuk memastikan barangan mereka dibeli. Antara mekanisme yang mereka lakukan adalah, mereka memastikan barangan jualan mereka itu ada kualiti, dan diusahakan mendapat harga yang murah.

Konsep persaingan ini jugalah yang diperkenalkan oleh Nabi ketika baginda saw mula-mula dilantik menjadi ketua kerajaan Madinah. Mewujudkan pasaran untuk muslim agar mereka bersaing secara sihat dengan pasaran yang dikuasai Yahudi – iaitu dengan memberikan tawaran yang berkualiti kepada masyarakat Madinah. 
Sebagai pembeli, sesuatu produk yang saya pilih, sudah tentu yang ada kualiti. Ditambah pula dengan harga yang murah.

Apabila seseorang peniaga muslim menjual produk yang tidak ada atau kurang kualiti, ditambah pula dengan harga yang mahal - barangan jualannya tidak menjadi pilihan orang ramai. Apatah lagi, produk yang sama turut dikeluarkan oleh non-muslim - ada dalam pasaran yang sama dengan harga murah, dan dianggap sebagai berkualiti pula. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti pembeli lebih tertumpu kepada produk non-muslim berbanding produk muslim.

Dengan sebab itu, saya berpendapat - kempen yang sewajarnya dilakukan oleh muslim adalah mewujudkan produk yang berkualiti, bukan memilih produk muslim. Ini kerana, boleh berlaku sahaja muslim mengemukakan produk yang tidak ada kualiti, dan non-muslim mengeluarkan produk yang berkualiti. Dengan sebab itu, andai produk yang dikeluarkan oleh muslim itu berkualiti, tanpa kempen pun, produk muslim pasti akan mendapat permintaan dari pembeli.

Penutup

Seseorang penjual nasi lemak yang produknya tidak dibeli, perkara utama yang perlu dilakukannya adalah muhasabah dan mencari punca produknya tidak dibeli. Bagi memastikan nasi lemaknya dibeli, dia perlu berusaha memastikan nasi lemaknya lebih sedap dari nasi lemak di kedai lain. Ditambah pula, dengan menawarkan harga nasi lemak yang murah.

Demikian juga dalam persaingan ekonomi. Pada saat kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk Islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah bukan menyalahkan produk orang lain, tetapi mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain. Sekadar kempen utamakan produk muslim tanpa ditekankan kualiti, ia tidak akan ke mana-mana pun. (tamat)

热门新闻

阅读全文

女子长期美甲指甲长“三叉戟” 医生一看:赶紧切除!

阅读全文

2罗里5车相撞! 南北大道连环撞致10公里车龙

阅读全文

“头号公敌”辞职币圈狂欢 比特币冲上9.9万美元

阅读全文
女摊贩解释,当时顾客多,妇女一听到要排队就不高兴,还说要退钱,但材料都已准备好。

预定薄饼取餐等40分钟 妇申诉:摊贩突退款不卖

阅读全文

伊党:我们更适合领导国盟 民政:慕尤丁当之无愧【东方头条】2024-11-22

阅读全文

《黑神话:悟空》荣获《金摇杆》年度最佳游戏

阅读全文

陈仁杰:自我设限,如何进步?

东方文荟

向国外朋友介绍马来西亚时,最引以为傲的莫过于不同种族与宗教背景的国民能够同在一片土地和睦相处。这绝非偶然,而是独立至今,...

阅读全文

庄迪君:从黄老传统看中国复兴

东方文荟

文王问太公:“愿听治国大事。”太公说:“爱民而已。”文王问: “如何爱民? ”太公说:“利而勿害,成而不败,生而勿杀,与...

阅读全文

林志翰:贫穷是“共享繁荣”讽刺

东方文荟

记得我曾为槟城人民之声2015和2016连续两年举办的“挑战贫穷线”活动担任评判,阅读年轻挑战者长达一周的日记。我可明白...

阅读全文

陈逸飞:把教育归还教育

东方文荟

“掌有权力的人,和我们一样在迷宫里头行走,但是权力很容易使他以为自己有能力选择自己的路,而且还要带领群众往前走,而事实上...

阅读全文

龚伟健:打包内用谋杀地球

东方文荟

回国后的某天与友人到嘛嘛档喝茶,听见邻桌的小哥哥点了冰奶茶后,补上一句“bungkus tapi minum sini”...

阅读全文

万吉:父母改教后孩子的信仰

东方文荟

近日雪州议会在大马政坛引起了一些噪声。雪州伊斯兰理事会(MAIS)提出了一个具争议的改教提案——如果父母一方改信伊斯兰,...

阅读全文

庄迪君:被罢黜之黄老传统

东方文荟

西方文化,做人和做事的传统区分得特别清晰,宗教是教人做人的传统,社会和自然科学则是做事的传统。中华文化的传统则要求两者合...

阅读全文

陈仁杰:别让通缉犯反客为主

东方文荟

马来西亚能(Malaysia Boleh)!在这片无所不能的土地上,看来已经没什么是不可能的。大张旗鼓地招摇过市,出入皆...

阅读全文

郑至健:鸡虽杀了但马有骑到吗?

东方文荟

509大选的“骑马杀鸡”论,相信大马华社不会感到陌生。“骑马杀鸡”之意就是华社需借助马哈迪之力来推翻纳吉领导的国阵政府。...

阅读全文

李慧珊:如何让政客变好?

东方文荟

希盟与国阵无差别吗?对于这个问题,许多人的心目中都有自己的答案。是的,很多曾经富裕的人们因为政权的更迭而变得不再权势,很...