2月14日是情人节庆。情侣互送礼物,增进彼此感情,无论已婚或未婚。

每年,情人节到来时,穆斯林社会都会出现各种各样的评论,这不仅发生在马来西亚,而是整个穆斯林世界,特别是阿拉伯世界,而马来西亚更不例外。对于那些对西方有偏见的人而言,庆祝情人节是因为受到犹太人和基督教的影响。相反,理性的穆斯林,会采取相当平和的态度,就事论事,而不持有情绪和偏见。

在穆斯林学者中,对庆祝情人节持不同观点:首先,有者认为伊斯兰是禁止庆祝情人节的。这是伊斯兰世界最主流的观点,不管是在马来西亚,如全国伊斯兰法规理事会和彭亨宗教司署立场,还是阿拉伯国家,如沙地阿拉伯著名的宗教师沙乌赛敏(Syaikh Usaimin)所颁布的教规。

不同的观点

另一些则认为,伊斯兰并不禁止情人节。这是少数穆斯林的意见。持此观点者,如埃及的阿兹哈大学宗教学者沙阿末玛杜(Syaikh Dr.Ahmad Mamduh)。

对于禁止庆祝情人节的观点,他们论点如下:首先,庆祝情人节源自基督教教义。同时,情人节(Valentine's)这词据说源自圣瓦伦蒂诺(St.Valentino),是西班牙伊莎贝拉女王统治时期最有影响力的教士,也是摧毁西班牙伊斯兰文明的重要人物之一。据说伊莎贝拉女王将2月14日定为纪念基督教战胜伊斯兰的日子。因此,庆祝情人节等于伊斯兰形如其他宗教教义。所以,禁止庆祝情人节。

其次,《圣训》提到,在伊斯兰到来之前,阿拉伯社会也庆祝源自波斯社会的节日Nayrus。当伊斯兰到来后,先知穆罕默德以另两个节日即开斋节和哈芝节,取代有关庆典。因此,他们认为除了这两天节庆外,其他节庆在伊斯兰中是被禁止的。

至于不禁止庆祝的观点,阿末玛杜的论点如下:首先,声称情人节跟基督教教义或源自圣瓦伦蒂诺有关,是一个不曾有确凿证据的断言。它只是许多作品中的虚构说法,但这依然没有确凿证据。

节庆与宗教

其次,应该恰当地理解《圣训》中禁止形如非伊斯兰宗教庆典的意义。沙阿末玛杜认为,所谓的形如(阿拉伯语tasyabbuh),不只是纯粹看起来是一样而已,而是必须有意图想成为非伊斯兰一样。然而,在庆祝情人节的年轻人中,他们并没有意图要成为基督徒。因此,这种庆祝活动不应被视为伊斯兰禁止的。

第三,《圣训》虽然指出,伊斯兰庆祝开斋节和哈芝节,但这不意味伊斯兰禁止庆祝其他节庆。更何况,有关的节庆与宗教无关,而仅仅是一种社会文化所接受的庆典。此外,有一些先知穆罕默德没庆祝的庆典,仍然没被伊斯兰禁止举行,如先知诞辰、新年元旦、国庆日等节日。

阿末玛杜并不孤单,印尼宗教师理事会主席安明(Kiai Ma'ruf Amin)也认为,伊斯兰并没禁止庆祝情人节。但是,如果有关庆祝活动违反了伊斯兰教法,如导致婚前性行为、道德败坏等,则可禁止庆祝。

与其他节日无异

总结而言:首先,在伊斯兰学者中,对庆祝情人节有两种看法,有禁止,也有允许。其次,禁止一派的观点认为,情人节不仅是非伊斯兰,它甚至被认为是衍生自基督教节日。因此,庆祝情人节被视为违反教规,因为它形如其他宗教。

第三,主张允许的观点则认为,情人节源自基督教是不确实的,他们认为庆祝情人节就如庆祝国庆、新年元旦一样,没多大差别。

第四,虽然他们认同可庆祝情人节,但是他们认为有关庆典应依据伊斯兰教法,即不应制造机会,让婚前性行为或其他违教规行为趁虚而入。

Haramkah Hari Kekasih? 万吉

14 Februari berkunjung tiba. Tarikh ini amat terkenal dengan sambutan Hari Kekasih. Pasangan yang bercinta akan menyambutnya dengan saling memberikan hadiah. Ia menjalinkan hubungan kasih sayang antara pasangan – tidak kira mereka yang sudah berkahwin, mahupun yang tidak berkahwin.

Saban tahun, dengan kedatangan sambutan Hari Kekasih, berbagai-bagai komentar muncul dalam wacana umat Islam – bukan sekadar di Malaysia, malah seluruh dunia Islam, terutama di sekitar negara Arab. Malaysia tidak ketinggalan juga untuk berhadapan dengan isu ini. Bagi mereka yang mempunyai sifat prejudis terhadap Barat, sudah pasti dianggap bahawa sambutan hari kekasih ini sebagai terpengaruh dengan Yahudi dan Nasrani. Berbeza dengan mereka yang rasional, mengambil sikap yang agak damai, dan melihat kepada hujah, bukan sentimen dan prejudis.

Perdebatan dalam kalangan ilmuan Islam

Dalam kalangan ilmuwan muslim, terdapat beberapa pendekatan dalam menanggapi sambutan Hari Kekasih ini:-

Pertama, pendapat yang mengatakan ia dilarang dalam agama Islam. Ini adalah pendapat yang paling popular dalam dunia Islam, sama ada di Malaysia – Jabatan Mufti Pahang dan  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, mahupun di negara Arab seperti Saudi – Fatwa Syaikh Usaimin, salah seorang ulama Saudi yang tersohor dalam dunia.

Kedua, pendapat yang mengatakan ia tidak dilarang. Ini adalah pendapat minoriti umat Islam. Antara yang berpendapat sebegini adalah Syaikh Dr.Ahmad Mamduh, salah seorang ulama dari Universiti al-Azhar.

Bagi pendapat yang melarang sambutan Hari Kekasih, mereka mengemukakan beberapa hujah berikut:

Pertama, sambutan Hari Kekasih berasal dari ajaran Kristian. Malah, kalimah Valentine's dikatakan berasal dari St.Valentino yang merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, malah antara orang terpenting dalam menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Dikatakan juga bahawa Ratu Isabella yang menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Dengan demikian, menyambut Hari Kekasih memberi gambaran ajaran Islam menyerupai ajaran agama lain. Justeru, ia diharamkan.

Kedua, Hadis menyatakan bahawa sebelum Islam, masyarakat Arab sudah mengamalkan sambutan hari raya yang diambil dari masyarakat farsi – nama perayaan itu adalah Nayrus. Lalu, selepas kedatangan Islam, Nabi saw menyatakan bahawa perayaan tersebut diganti dengan dua hari raya yang lebih baik – Aidil Fitri dan Aidil Adha. Dari itu, mereka beranggapan selain dari dua hari raya ini adalah diharamkan dalam Islam.

Bagi tanggapan bahawa sambutan itu tidak dilarang dalam agama, Syaikh Dr.Ahmad Mamduh – salah seorang ulama dari Universiti al-Azhar pula berhujah seperti berikut:

Pertama, dakwaan bahawa sambutan Hari Kekasih ini bermuarakan ajaran Kristian atau kaitan dengan seorang paderi St.Valentino adalah dakwaan yang tidak pernah mempunyai bukti yang kukuh. Ia sekadar cereka yang terkenal dalam banyak tulisan, tetapi sama sekali tidak mempunyai asas.

Kedua, larangan dari menyerupai agama bukan Islam yang dimaksudkan dalam Hadis perlu difahami secara tepat. Dalam komentar beliau, penggunaan kalimah "tasyabbuh" (Melayu: menyerupai), bukan semata-mata bermaksud kelihatan sama, tetapi perlu disertakan dengan niat mahu menjadi seperti mereka. Namun, pada kalangan anak muda yang menyambut Hari Kekasih, mereka tidak menyambutnya dalam maksud hati mereka mahu menjadi Kristian. Justeru itu, sambutan itu tidak boleh dianggap sebagai larangan dalam agama.

Ketiga, walaupun Hadis dinyatakan bahawa Islam menawarkan dua perayaan- Aidil Fitri dan Aidil Adha, ia tidak bermakna sambutan perayaan selain dua ini dilarang dalam agama Islam. Apatah lagi, perayaan tersebut tidak ada kaitan dengan keagamaan, tetapi sekadar sambutan yang diterima secara kebudayaan masyarakat sahaja. Lebih-lebih lagi, di sana terdapat beberapa perayaan yang tidak dianjurkan oleh Nabi, tetapi tetap diamalkan tanpa ia dilarang dalam Islam, seperti sambutan Maulid Nabi, sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan sebagainya.

Dr.Ahmad Mamduh tidak keseorangan, malahan Ketua Majlis Ulama Indonesia, Kiai Ma'ruf Amin turut berpendapat bahawa sambutan Hari Kekasih tidak dilarang. Tetapi, ia boleh jadi larangan andai sambutan itu boleh melanggar adab-adab Syariah, seperti dengan sambutan itu membawa kepada penzinaan, kerosakan moral dan sebagainya.

Penutup

Dari kupasan ini, dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama, dalam kalangan ilmuwan Islam – malah menjadi ikutan bahawa sambutan Hari Kekasih itu ada dua pendekatan: (1) yang melarang, dan (2) yang membenarkan.

Kedua, pendapat yang melarang itu menganggap, sambutan Hari Kekasih bukan sekadar tidak ada dalam Islam, bahkan ia dianggap mengambil dari salah satu jenis perayaan agama Kristian. Justeru itu, ia dianggap haram kerana menyerupai agama lain.

Ketiga, pendapat yang membenarkan pula menjelaskan bahawa dakwaan sambutan Hari Kekasih diambil dari agama Kristian adalah tidak berasas. Malah mereka juga menganggap, sambutan Hari Kekasih tidak jauh beza dengan sambutan hari kemerdekaan, sambutan tahun baru dan sebagainya.

Keempat, walaupun mereka menganggap sambutan itu dibenarkan, mereka tetap beranggapan bahawa sambutan tersebut perlu menjaga aturan Syariah, iaitu jangan sampai dijadikan ruang untuk melakukan zina dan sebagainya. (tamat) 

热门新闻

阅读全文

2罗里5车相撞! 南北大道连环撞致10公里车龙

阅读全文

“头号公敌”辞职币圈狂欢 比特币冲上9.9万美元

阅读全文
女摊贩解释,当时顾客多,妇女一听到要排队就不高兴,还说要退钱,但材料都已准备好。

预定薄饼取餐等40分钟 妇申诉:摊贩突退款不卖

阅读全文

史上第一家来马上市香港公司 知行集团布局引关注

阅读全文

伊党:我们更适合领导国盟 民政:慕尤丁当之无愧【东方头条】2024-11-22

阅读全文

《黑神话:悟空》荣获《金摇杆》年度最佳游戏

阅读全文

【名家】马岩岩:金马仑补选给朝野的启示

名家

金马仑国会议席补选已结束,在509大选失去中央执政权的国阵赢得自大选后首场补选的胜利,同时也意味著刚刚取得大选胜利的希望...

阅读全文

【名家】林志权:政治上的诚信态度

名家

近日因为希盟一些领袖所拥有的“野鸡大学”文凭一事引起了轩然大波。然而笔者认为,从政者并不一定需要拥有高学历和文凭,反而以...

阅读全文

谢诗坚:特朗普向社会主义开炮?

名家

美国总统特朗普于2月7日在两院联席大会上发表2019年度的国情咨文中引用委内瑞拉的国情不靖而大加讨伐社会主义制度,也矢言...

阅读全文

庄仁杰:新年,说说统考

名家

新年,代表著未来来临。既然是农历新年,就说说统考的未来和希望吧。去年大选,承认统考都是朝野都开出的政治支票。不但可见这事...

阅读全文

陈锦松:金马仑补选的解读

名家

金马仑高原的补选1月26日尘埃落定,在前四次的双溪坎迪斯、斯里斯帝亚、无拉港、波德申等议席补选都胜券在握的希盟终于是吃了...

阅读全文

郑博夫:野鸡文凭是问题?

名家

野鸡大学说是没受到教育部正规渠道承认的私立大学,这些大学都冠以某某名校的名字,如土团党秘书兼副外交部长玛祖基的美国剑桥大...

阅读全文

李的洺:网民在无理取闹吗?

名家

最近,希望联盟政府似乎很不顺利,特别是行动党的官爷们,更是被网民诟病得厉害,导致每逢官家颁布政令时,都会不其然遇到极大的...

阅读全文

孙和声:富强才是硬道理─中国改革开放的终极动力来源

名家

谈到中国经济,最引人注目的便是,自1978年搞改革开放以来,经济增长均从高速进行,从1978到2015年期间,除了198...

阅读全文

【名家】李慧珊:“委”缩的国度——国家机会主义之挽歌

名家

一个国家两个皇帝,这种荒诞的局面在古代或曾出现,但在现代社会这种戏码已难重演。然而,南美洲的委内瑞拉近日就在上演著一国二...

阅读全文

麦翔:发展是人类社会永恒主题

名家

“改革开放总设计师”邓小平,打开了中国从古老封闭走向现代化的大门,这个现代化不是一般的现代化,是金碧辉煌的“大写”的现代...