希盟从国阵手中接过政权,执政马来西亚已一年了。在这一年期间,出现了各种政治课题和局面,尤其是涉及马来人和伊斯兰课题。

从大选前的情况来看,希盟竞选时大部份关注点在经济课题,以及国阵领导人滥用国家资金课题。因此,大选后当许多国阵领导人因涉及盗用国家款项,一些高达数十亿令吉,而被提控时,希盟的指控证实是真的。

在国阵方面,种族及伊斯兰课题,成了其政治资本。槟城州政府的非穆斯林首长成了伊党及巫统攻击的目标。根据他们的指控,伊斯兰在槟城政府下受到威胁。

对行动党存错误印象

然而,这些诽谤性言论,并没有改变槟城人民维持希盟作为执政党的意愿。其他州的民众,显然也不吃巫统及伊党的这一套。这就是为何人民在509大选时把票投给了希盟,让希盟执政中央。

当希盟执政时,伊斯兰─马来人课题成了伊党─巫统攻击希盟的主题。他们声称伊斯兰和马来人受到威胁。

在巫统方面,他们无法挑起经济课题,因为众所皆知,盗用国家资金课题如一马公司、朝圣基金局、联邦土地发展局的丑闻等,都涉及到巫统领袖。

在伊党方面,从之前否认接收巫统的9000万政治献金的指控,到之后揭发出来的更多事实,使得他们不得不承认,之前的否认是刻意的谎言。因此,他们提出的经济问题是无法令人信服的,也无法破坏人民对希盟的支持。

虽然民主行动党是一个多元族群的政党,但其被视为华人政党的面貌,已深深烙印在马来人脑海。因此,一些出任官职的行动党领袖成了伊党与巫统的攻击目标,以挑起种族情绪。

从观感上,明显的伊党─巫统试图制造一种印象,就是希盟政府被民主行动党主导。更严重的是,大多数马来社会都接受这样的印象,即使是那些曾经支持希盟的人。

在希盟摇摇晃晃的初步阶段,也无法有效地处理伊党与巫统挑起的课题,而且更没能很好的应对伊党与巫统在种族和宗教问题上的攻击。

更糟的是,希盟数名非穆斯林领袖的不谨慎声明,无视马来社会现有的情绪──进一步动摇了马来人对希盟的信念。

不善于媒体经营

不可否认,希盟在政府辖下的伊斯兰机构做了一些改变,如提出友爱精神的口号,遵循伊斯兰法本旨治国(Maqasid Syariah)和大马律法(Fekah Malaysia),也对伊斯兰法庭进行改革,特别是涉及婚姻的离婚案件中,妻子离婚后的福利,甚至对马来西亚伊斯兰发展局(JAKIM)等方面做出一些改变。

尽管面对前朝国阵政府的贪腐,导致希盟如今财政紧缩,但政府仍然继续给马来西亚的伊斯兰教育机构提供财政援助。

不仅如此,政府也非常严正看待涉及伊斯兰机构丑闻,并对此展开调查,如朝圣基金局和伊斯兰战略研究所(IKSIM)。

可是,由于不善于媒体经营,使到希盟努力的改革,敌不过由伊党─巫统所散布的“恐惧”讯息。

更糟糕的是,当政府试图解决伊斯兰机构涉及盗用公款问题,如朝圣基金的丑闻时,伊党与巫统将其扭曲为,希盟政府要摧毁大马的伊斯兰机构。希盟至今显然的还无法有效的反驳这样的观点。

总结而言,实际上,希盟政府做了许多提升马来西亚伊斯兰和穆斯林进步的举措。然而,政府在媒体上的弱势,所有这些努力都被反对派扭曲,让希盟在马来社会眼中是负面的。

希盟一些非穆斯林领袖的文告,没有考虑到穆斯林的情绪,这多少会影响马来民众对希盟的信心。因此,希盟领导需要更加谨慎地发表声明,尤其是非穆斯林领导人的声明。此外,希盟政府也应有进步思维和智慧,在媒体上应对伊党─巫统的联手攻势。

《马来人及伊斯兰课题》(Isu Islam-Melayu: Ulangtahun pertama PH):

Sudah setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia dari tangan Barisan Nasional. Dalam tempoh setahun ini, pelbagai isu dan suasana politik yang berlaku, lebih-lebih lagi yang melibatkan isu Melayu dan Islam.

Melihat kepada keadaan sebelum pilihan raya umum, kempen PH banyak tertumpu kepada isu ekonomi dan penyelewengan dana negara yang melibatkan pemimpin BN. Apa yang yang dibangkitkan PH ternyata benar – apabila sudah ramai pemimpin BN dihadapkan ke mahkamah dalam pendakwaan yang melibatkan dana negara sehingga ratusan juta ringgit.

Di pihak BN pula, dua isu amat kelihatan dijadikan modal politik, iaitu isu kaum dan isu Islam. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang ketua menterinya tidak beragama Islam dijadikan sasaran serangan PAS-UMNO. Menurut dakwaan mereka, Islam tergugat dalam kerajaan Pulau Pinang.

Serangan yang berbau fitnah itu, ternyata tidak mengubah kehendak rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan PH sebagai kerajaan memerintah. Rakyat luar dari Pulau Pinang pula amat jelas tidak termakan dengan dakyah PAS-UMNO itu. Makanya mereka tetap memberi undi kepada PH dalam pilihan raya umum lalu sehingga PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Selepas PRU14

Apabila PH membentuk kerajaan, isu Islam-Melayu ini dijadikan tema utama oleh PAS-UMNO untuk menyerang PH. Mereka mendakwa, kononnya Islam dan Melayu tergugat dan terancam.

Di pihak UMNO, mereka tidak ada kemampuan bermain dengan isu ekonomi, kerana penyelewengan dana negara seperti 1MDB, penyelewengan terhadap Tabung Haji, FELDA dan sebagainya, semua itu melibatkan mereka dan amat ketara diketahui rakyat.

Di pihak PAS pula, dengan skandal RM90 juta dan dakwaan menerima dana dari UMNO yang pernah dinafikan dahulu, semakin hari semakin terbongkar sehingga mereka terpaksa akui bahawa penafian mereka dahulu adalah pembohongan yang disengajakan. Dengan itu, isu ekonomi yang mereka angkat bersifat tumpul, dan tidak mampu mengugat sokongan rakyat terhadap PH.

Serangan terhadap DAP

Walaupun DAP adalah parti yang bersifat multi-etnik, tetapi wajah DAP sebagai sebuah parti Cina tidak dapat dipisahkan dari minda Melayu di Malaysia. Makanya, beberapa tokoh politik DAP yang kini berada dalam pentadbiran kerajaan dijadikan antara asas serangan PAS-UMNO untuk mengangkat sentimen perkauman.

Dari sudut persepsi pula, amat jelas PAS-UMNO berusaha mencipta gambaran kononnya kerajaan PH didominasi oleh DAP. Lebih dahsyat, persepsi yang direka ini diterima oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malah dari kalangan yang pernah memberi sokongan kepada PH.

Dalam keadaan kerajaan PH yang masih bertatih-tatih dalam pentadbiran, kerajaan kelihatan kurang cekap dalam pengurusan isu-isu yang menjadi serangan PAS-UMNO ini, malah kelihatan kurang bijak dalam menjawab serangan dari PAS-UMNO dalam isu perkauman dan agama.

Lebih-lebih lagi, beberapa individu ahli politik PH yang tidak beragama Islam agak kurang cermat sehingga mengeluarkan kenyataan tanpa melihat sentimen yang sedia ada dalam diri masyarakat Melayu – kenyataan yang menyebabkan keyakinan masyarakat Melayu terhadap PH semakin goyang.

Pakatan Harapan

Tidak dinafikan bahawa PH telah melakukan beberapa perubahan dalam institusi Islam dalam kerajaan, seperti mengangkat slogan rahmat sekalian alam, Maqasid Syariah dan Fekah Malaysia, juga membuat beberapa perubahan pada mahkamah syariah, terutamanya dalam hal melibatkan nikah-cerai, kebajikan terhadap isteri yang dicerai, malah membuat beberapa perubahan dalam JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan sebagainya.

Walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan ekoran penyelewengan kerajaan BN dahulu, bantuan kewangan kepada institusi pendidikan Islam di Malaysia tetap diberikan oleh Kerajaan PH.

Bukan sekadar itu, malah pihak kerajaan juga kelihatan serius dalam melakukan siasatan terhadap skandal kewangan yang melibatkan institusi Islam seperti Tabung Haji dan IKSIM (Institute Kajian Strategi Islam Malaysia).

Pun begitu, kurang cekap dalam mengurus media menjadikan sebarang perubahan yang telah dilakukan oleh PH itu tidak dapat menandingi mesej ketakutan yang dibina oleh PAS-UMNO.

Lebih parah lagi, apabila kerajaan PH berusaha membenteras penyelewengan kewangan yang melibatkan institusi Islam seperti Tabung Haji, diputar oleh pihak PAS-UMNO, kononnya kerajaan PH mahu memusnahkan institusi Islam di Malaysia. Persepsi yang dibina ini, kelihatan kerajaan PH gagal untuk mengatasinya.

Kesimpulan

Sebenarnya, kerajaan PH sudah melakukan banyak perkara yang melibatkan kemajuan Islam dan muslim di Malaysia. Tetapi, kelemahan media di pihak kerajaan, semua usaha ini diputar belit oleh parti pembangkang, sehingga kelihatan negatif pula di mata masyarakat Melayu.

Kenyataan media tanpa mengambil kira sentimen Melayu oleh sebilangan pemimpin non-muslim PH, sedikit sebanyak memberi kesan buruk pada keyakinan masyarakat Melayu terhadap kerajaan PH.

Dengan itu, pemimpin PH perlu lebih cermat dalam membuat kenyataan media, terutama dari pemimpin yang tidak beragama Islam. Dalam pada itu, kerajaan PH perlu mempunyai idea yang progresif dan kebijaksanaan media dalam menghadapi serangan PAS-UMNO.

热门新闻

阅读全文

上海女子赴瑞士安乐死 父亲:不接受也要接受 年轻人定要爱惜生命

阅读全文
张玲遭禁锢在村屋内。

5旬汉囚禁施暴女大生5年 妻女助兽夫“追生儿子”

阅读全文
消拯员积极朝阿丽娜广场礼堂顶棚灌水。(图由消拯局提供)

租用市议会礼堂庆生 宾客玩烟花玩出火

阅读全文
示意图

“希望驾国产车别来” 男子嫌B40拉低高档商场素质

阅读全文

李强感动安华访华

阅读全文

美国总统选举前夕 多州严防选后暴力事件

阅读全文

黄瑞泰:华教运动的公民抗命精神

名家

华文教育的公民抗命运动始于林连玉,自上世纪40年代他就开始带领华社对抗英殖民打压华文学校的政策,50年代马来亚成立后,则...

阅读全文

蓝志锋:三件应该做的事情

名家

11年前,2008年的308,第12届全国大选,政治海啸导致国阵首次丢失5州执政权和国会2/3优势。人民意识到选票的重要...

阅读全文

【希盟执政一周年】周忠信:我的新马来西亚

名家

习近平在北京会见马哈迪时指出,他发现中国正在努力地实现“两个一百年”之际,大马也正在努力打造新马来西亚。中国的“两个一百...

阅读全文

谢诗坚:509“变天”一周年

名家

今天(5月9日)刚好是希盟执政一周年。在去年的这一天晚上,我人在电视台,应邀参加对大选成绩评析。从表面上来看这是独立以来...

阅读全文

庄仁杰:诺斯与希盟政府改革

名家

由于研究商业史,新制度经济学派大师诺斯(Douglass North)的著作——《经济史的结构与变迁(Structure...

阅读全文

Terence Fernandez:希盟焦躁不安的一年

名家

在英国著名作家乔治奥威尔的经典小说《动物农场》里,受压迫的农场动物团结起来,推翻了忽视和虐待他们的人类主人。领导叛乱的是...

阅读全文

郑庭河:不够“无知”的宗教界

名家

苏格拉底和孔子颇有“共鸣”的一点,乃具备蛮高度的自觉而懂得客观及谦逊。比如苏氏即有言:“我只知道一件事,就是‘我一无所知...

阅读全文

陈锦松:对希盟恨铁不成钢?

名家

政治是管理众人之事,前朝政府国阵经历过去61年的执政而屹立不倒,尽管这个政府多么腐败、散漫与嚣张。2018年509大选,...

阅读全文

【希盟执政一周年】郑博夫:焦虑不安的是谁?

名家

马哈迪最近说不担心民调低靡,御用军师达因也说了类似的话,安华认为是希盟偏向城市精英,忽略了乡区选民。显然希盟都在焦虑,民...

阅读全文

【希盟执政一周年】何玉贞:希盟再次令华社失望

名家

抱著满怀希望及对马哈迪大选前的竞选承诺的信任,第14届509大选,95%华裔把手中珍贵的一票投给了希盟,一个许诺去贪腐,...