最近,媒体上在讨论的是,伊斯兰是否允许丈夫殴打妻子。这源自雪州教育局在中五伊斯兰研究科模拟考卷中,出现关于殴打不听话妻子(isteri nusyuz)的一道问题。
殴打不听话的妻子,实际上出现在《可兰经》第4章第34节经文里,即真主说,“你们怕她们执拗的妇女,你们应该劝戒她们,可以和她们分开睡,可以打(dharb)她们。”在这节经文里,解释了对不听话的妇女,丈夫可以做出以下一些建议,即:一,给予劝告;二,不允许与她们同床;三,“殴打”她们。
具有争议的是,这节经文中使用的“dharb”这个词,通常被翻译为“打”。因此,许多人认为伊斯兰是允许丈夫殴打妻子的宗教。
媒体上的讨论,带出两个重要的问题,即:一、不听话的妻子诠释,以及穆斯林一般上把“dharb”诠释为殴打。
穆斯林学者对于如何诠释不听话的妻子,有各种说法。有一些认为,就是妻子行为令丈夫感到生气;另一些则认为,妻子对丈夫的恶劣行为;还有一些则指,拒绝与丈夫行房的妻子。
“殴打”不能造成伤害
这些说法都不够说服力。具说服力的说法是,不听话的妻子是违反真主所订下要对丈夫顺从的事项的女子,如妻子与其他男人通奸。这个观点可在圣训中找到,先知说,如果妻子与你不喜欢的人共处床上,那你就以不伤害她的力道打她。
因此,在真主列下的事项以外,如一名妻子如果没有听从丈夫,这不算不听话(nusyuz)。所以,妻子在未经丈夫同意下回娘家,或因疲劳等原因而拒绝与丈夫行房,都不算是“不听话”。
在“dharb”一词翻译为“殴打”上,也有以下讨论及辩论:
第一种解释:这也是穆斯林学者中最流行的解释,即真的殴打妻子。与此同时,《圣训》学家伊本阿巴斯(Ibn Abbas)表明,这殴打不能造成伤害,如用木枝(如牙刷般)击打。另一名《圣训》学家哈山巴士里(al-Hasanal-Basri)则认为,这殴打是不会在皮肤上留下任何痕迹。因此,如果用张开的手掌,拍打身体(除了脸部),这已足乎。
这些论点是依据《圣训》里,先知说,打他们的力道,不应带来伤害;同时,也应避开打脸。
第二种解释认为:如果依据第一种解释,其将与《圣训》里先知禁止用器具殴打奴隶经文有所矛盾。基于这圣训,第二种解释是,在《可兰经》中所提到的“殴打”一词,并不是真的打在不听话妻子身上,而是只要打到妻子身旁的东西就可,只要能达到教育和让其害怕不要重犯。
这一派的论点认为,《可兰经》里有两个与“打”意思相关的词,dharb与jild,但两者含义不同。前者只用在不听话的妻子上,而后者则是用在通奸或诬赖人通奸者身上。
从阿拉伯语角度来看,jild指的是打到皮肤上,而dharb则不一定要打到皮肤。因此,根据《可兰经》,他们认为“殴打”(dharb)不一定就是打到身体上,打其身边的东西,也算是一种“打”。
或诠释为分开离异
第三种解释认为,经文中的“dharb”一词并不意味著对身体殴打,而是与妻子分开或离异。他们援引《可兰经》中,先知摩西出埃及记里,让红海海水分开过程,使用“dharb”字眼,因此“dharb”也可被视为分开的意思。
这一派认为,《可兰经》中的这一句“dharb”并不是殴打妻子,而是以良好的方式与妻子离婚。这也与《可兰经》中谈及以良好方式离异妻子的经文相符合。
总而言之,首先,一个妻子犯下不良行为,即没履行妻子对丈夫应有的义务,如通奸,方可称为不听话的妻子。其次,《可兰经》有指明如何处理不听话的妻子方式,即丈夫给予劝告、分床和“打”。第三,所谓的“打”含义有三种解释;即一,打身体,比如以手掌或用小树枝(类似牙刷)打身体任何部份,除了面部。同时,这必须不会造成伤害且不会留下痕迹。二,所谓的“打”,不是打妻子的肢体,而是妻子身边其他物体,确保她不重犯,以及三,与妻子离婚,以良好方式与妻子离异。
《伊斯兰允许殴打妻子?》Benarkah Islam Benarkan Pukul Isteri?原文:
Baru-baru ini, berlaku wacana dalam media berkenaan dakwaan kononnya Islam membenarkan suami memukul Isteri. Ia rentetan dari tersebarnya satu keratan modul pendidikan Islam yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam modul itu, ada tercatat berkenaan soalan yang berkaitan memukul isteri yang nusyuz.
Memukul isteri yang nusyuz ini, hakikatnya wujud dalam al-Quran; iaitu dalam surah al-Nisa’, ayat 34, iaitu firman Allah yang bermaksud, “Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan 'pukullah' (dharb) mereka.”
Dalam ayat ini, dijelaskan bahawa perempuan yang nusyuz terhadap suaminya, si suami boleh melakukan beberapa perkara yang dicadangkan, iaitu (a) memberi nasihat, dan (b) pisahkan mereka dari tempat tidur, dan (c) “pukul” mereka.
Apa yang menjadi perbahasan, apabila dalam ayat ini, digunakan kalimah “dharb” yang rata-ratanya diterjemah sebagai “pukul”. Justeru, ramai menafsirkan bahawa Islam adalah agama yang membenarkan suami memukul isteri.
Walau bagaimana pun, wacana ringkas ini dibawa kepada dua tajuk besar, iaitu (a) maksud isteri yang nusyuz, dan (b) maksud “dharb” yang diterjemah rata-rata muslim sebagai pukul.
NUSYUZ
Pelbagai ulasan dari para ilmuwan muslim berkenaan maksud bagi isteri yang nusyuz. Ada sebilangan ulama kata, tindakan isteri yang melahirkan kemarahan suami; ada kata, isteri yang buruk kelakuannya terhadap suami; ada kata, isteri yang tidak mahu bersetubuh ketika diajak oleh suami.
Didapati semua pendapat ini tidak kuat. Pendapat yang kuat, nusyuz adalah isteri yang melanggar ketaatan suami dalam perkara yang Allah wajibkan isteri lakukan terhadap suami, seperti isteri tersebut berzina dengan lelaki yang lain. Pendapat ini disandarkan kepada hadis saheh bahawa Nabi saw ada berkata dalam khutbah Wada’ yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah yang bersebabkan wanita (isteri). Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah. Telah halal kepada kamu kemaluan mereka (setubuh) dengan kalimah Allah. Menjadi tanggungjawab kepada mereka bahawa seseorang yang kamu tidak sukai duduk bersama mereka atas tempat tidur kamu. Jika mereka lakukan juga, maka pukullah mereka (dharb) dengan pukulan yang tidak membahayakan.”
Justeru, si isteri yang tidak taat kepada suami dalam perkara yang tiada kaitan dengan perintah yang Allah wajibkan, maka perempuan tersebut tidak boleh disebut sebagai Nusyuz. Ekoran itu, tidak disebut nusyuz terhadap isteri ke rumah ibu bapanya tanpa persetujuan si suami, atau isteri yang menolak bersetubuh dengan suami kerana kepenatan dan sebagainya.
MAKNA “DHARB”
Kalimah “dharb” yang diterjemah sebagai “pukul” itu, dibahas dan dibincangkan seperti berikut;
Tafsiran pertama: Ini adalah tafsiran yang paling popular dalam kalangan ilmuwan muslim dalam dunia, iaitu, ia ditafsirkan sebagai benar-benar memukul isteri. Dalam pada itu, memukul yang dimaksudkan itu, Ibn Abbas menyatakan pukul yang tidak memberi bahaya, seperti memukul dengan menggunakan kayu sugi (berus gigi). al-Hasan al-Basri pula menyatakan, pukul itu tidak mendatangkan bekas pada kulit. Ini berdasarkan kepada hadis di atas. Justeru, andai memukul itu dengan cara tapak tangan yang terbuka dengan menepuk pada badan kecuali muka, maka itu pun sudah memadai.
Hujah mereka merujuk kepada hadis di atas, bahawa Nabi berkata, “maka pukullah mereka (dharb) dengan pukulan yang tidak membahayakan.”
Dalam pada itu, pukul itu tidak dibenarkan dilakukan di muka. Nabi Muhammad saw ada berkata, “apabila seseorang kamu memukul, maka hindari dari muka.”
Tafsiran kedua: Andai memukul itu bermaksud memukul secara fizikal, sepertimana dalam penafsiran pertama, didapati ia ada bercanggah dengan satu hadis saheh yang Nabi melarang memukul hamba dengan menggunakan alat.
Dalam hadis, seorang sahabat bernama Abu Mas’ud al-Ansari memukul hambanya. Ketika beliau sedang memukul, kedengaran suara Rasulullah menjerit di belakangnya menghalang tindakan itu.
Dengan hadis ini, kelompok ini nyatakan bahawa kalimah “al-Dharb” yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran bukan bermaksud memukul pada anggota badan isteri nusyuz, tetapi cukup sekadar memukul sesuatu yang berada di keliling isteri tersebut dengan tujuan untuk mendidik dan memberi ketakutan agar tidak mengulangi lagi tindakan nusyuz tersebut.
Hujah mereka adalah perbezaan penggunaan kalimah “dharb” yang berbeza dengan makna “jild” yang digunakan dalam al-Quran. Ini kerana, pesalah zina (surah al-Nur, ayat 2), dan bagi pesalah qazaf (Surah al-Nur, ayat 4) digunakan kalimah “jild”, sedangkan dalam ayat nusyuz ini digunakan kalimah “dharb”.
Dari sudut bahasa Arab, kalimah “jild” dan “dharb” memberi maksud yang berbeza. Jild adalah pukulan yang sehingga kena kulit. “Darb” pula, tidak semestinya kena pada kulit. Makanya, berdasarkan ayat ke 34, surah al-Nisa’ yang diterjemah ramai sebagai pukul itu, mereka menafsirkan bukan semestinya memukul pada badannya, tetapi memukul sesuatu benda yang berada di kelilingnya pun sudah termasuk maksud memukul.
Tafsiran ketiga: Kalimah “dharb” dalam ayat itu bukan bermaksud pukul secara fizikal, sebaliknya “memisahkan atau menceraikan” isteri yang nusyuz itu dengan baik.
Mereka berhujah dengan merujuk kepada ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimah “dharb” yang bermaksud sebagai “memisahkan” seperti al-Quran ada menyatakan pemisahan antara orang beriman dan orang munafiq pada hari akhirat kelak. Dalam ayat tersebut, proses pemisahan itu digunakan kalimah “al-Dharb” (Surah al-Hadid 57 : 13). Begitu juga, ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa “memisahkan” atau “membelah laut” dengan menggunakan tongkatnya. Dalam ayat itu, proses memisahkan dan membelah laut itu digunakan kalimah “al-Dharb” (Surah al-Syu’ara 26 : 63).
Maka dengan itu, mereka tafsirkan “dharb” dalam ayat tersebut bukan bermakna pukul isteri, tetapi ceraikan isteri dengan cara yang baik. Ini bersesuaian dengan maksud ayat al-Quran yang lain yang meminta cerai isteri dengan cara yang baik (Surah al-Baqarah 2 : 229).
KESIMPULAN
Dari perbahasan ringkas ini, dapat disimpulkan seperti berikut;
Pertama, seseorang isteri yang telah melakukan maksiat yang berbentuk wajib isteri itu tunaikan terhadap suaminya, disebut sebagai isteri yang nusyuz.
Kedua, al-Quran nyatakan cara untuk atasi isteri yang nusyuz, iaitu dengan suami itu memberi nasihat, dan pisahkan dari tempat tidur, dan “memukul”.
Ketiga, maksud “memukul” isteri dalam ayat tersebut didapati ada tiga tafsiran; iaitu, (pertama) pukul secara fizikal, seperti tepuk atau dengan kayu sugi (berus gigi) pada mana-mana anggota badan mereka kecuali muka. Itupun, bersyarat bahawa ia tidak memberi bahaya dan tidak meninggalkan sebarang kesan. (kedua), pukul yang dimaksudkan bukan pukul pada anggota badan isteri, tetapi sekadar memukul pada mana-mana benda lain di keliling isteri itu agar dia tidak mengulangi perbuatan nusyuz, dan (ketiga) memisahkan isteri dari perkahwinan, iaitu dengan menceraikan mereka dengan cara yang baik.