近日雪州议会在大马政坛引起了一些噪声。雪州伊斯兰理事会(MAIS)提出了一个具争议的改教提案——如果父母一方改信伊斯兰,允许单方面为孩子改教。
之前,在印裔妇女英迪拉3名孩子改教的民事法庭案件中,联邦法院裁决,改信伊斯兰的丈夫莫哈末里端,为3名孩子改教是无效及不合法的。当时,英迪拉的律师指,3名孩子不能仅仅因为莫哈末里端改信伊斯兰,而被视为穆斯林。因为,法律条文规定,未成年孩子改教需要父亲“和”母亲的同意。法庭判决,条文注明意味著须获得父母双方同意。
事实上,不仅是民事法庭如此规定,在雪州和登嘉楼伊斯兰法条文,也有类似的内容。但是,雪州伊斯兰理事会不同意英迪拉案的裁决。因此,他们想用“或”取代“和”这个字,这意味著,可诠释为只需父亲或母亲的同意即可。
伊斯兰法学3观点
从伊斯兰法学角度来看,伊斯兰学者在这一点也存在分歧,并可分为三种观点:
1,大多数人的观点是,如果父母一方改信伊斯兰,那孩子也应改信伊斯兰。
2,大约1000年前麦地那的宗教师玛力(Imam Malik,玛力基教派创始人)曾言,孩子的宗教信仰,应依据父亲而不是母亲的宗教信仰。换句话说,如果父亲改信伊斯兰,那么这个孩子就是穆斯林。如果父亲没有改信伊斯兰,即使母亲改信伊斯兰,这个孩子也被视为非穆斯林。
3,与玛力同一时期,来自也门的宗教师塔乌斯阿奇山(Tawus bin al-Kisan)则认为,当父母其中一人改信伊斯兰,孩子的宗教选择,是在其成年后作出选择,才算是合法的。如果孩子选择伊斯兰,其就被视为穆斯林,反之亦然。
从这三个观点来看,可发现伊斯兰宗教师在父母其中一方改教后,孩子的宗教地位,并没有一致的看法。这是因为,伊斯兰里没有一个启示文本,明确地解释这情况。
在伊斯兰文本中,有一些是明确的,有一些则需要伊斯兰学者/宗教师的诠释(ijtihad)。在伊斯兰文本中,确定事物,例如真主是唯一的神、穆罕默德作为最后的先知、祈祷的责任、斋戒等,这是不能被违抗的。如果有穆斯林拒绝服从,意味著其已脱离伊斯兰。需要诠释的事项,则是那一些开放于伊斯兰学者自行解释的。这与伊斯兰学者的思维有关,如果认可就接受,不认同的话,也没有错。
在一些属于诠释的事项,应考虑公共利益因素,例如避免冲突。尽最大努力减少伤害,并寻求让各方都能接受的双赢智慧。
因此,在英迪拉民事案件判决中,不应将其结果,视为违反伊斯兰法。尽管法庭判定英迪拉的儿子为非穆斯林,但这判决仍属于伊斯兰法学家诠释的范围内。
叛教指控
与此同时, 有人认为民事法庭的判决,给人的印像是,为儿童开出了不信伊斯兰的缺口。然后,这被诠释为为叛教铺路。
对这样的指控,答案是,两个原本不是穆斯林的父母,他们原本的信仰应是孩子的宗教依据。因此,当其中一个父母改信伊斯兰时,孩子仍然是非穆斯林。
因此,玛力基教派宣称,如果改教的只是母亲,那孩子的宗教信仰依然是非穆斯林。这样的诠解,并不意味玛力基教派倾向于让穆斯林脱教。
同样, 在一些伊斯兰宗教师的法规中,如塔乌斯也认为,如果只是父母其中一方改信伊斯兰,并不意味孩子也成为穆斯林,除非孩子已成年,自行决定,如果他选择成为穆斯林,他就被视为穆斯林。如果孩子选择成为非穆斯林,他就是非穆斯林。这种观点并没有使塔乌斯被指控倾向叛教者。
从玛力基教派和塔乌斯两种观点,可发现民事法庭、雪州和登州的伊斯兰法庭的判决,即在决定孩子宗教信仰上,须获得父母双方同意,并没有违反伊斯兰法。更何况,当父母拥有不同宗教信仰时,取得双方的认可,是可避免仇视和争议的过程。
总结而言,在父母一方改教,孩子宗教信仰归属上,从伊斯兰学者角度来看,这依然属宗教师或学者诠释的范围,因此存在不同的观点。其次,在英迪拉案件上,一些穆斯林认为案件的判决与伊斯兰教义不符,这样的观点是完全不正确的。最后,在决定孩子的宗教上,应获得父母双方的同意,是一个应受认可的机制。这将可避免争吵。
《父母改教后孩子的信仰》(Agama anak bagi ibu bapa yang berbeza agama)原文:
DUN Selangor mencetuskan sedikit kebisingan dalam politik Malaysia. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membawa satu usul yang agak kontroversi. Ia berkaitan dengan status agama bagi seorang anak, jikalau salah seorang daripada ibu bapanya memeluk agama Islam.
Sebelum ini, terdapat satu kes perbicaraan di Mahkamah Sivil berkenaan seorang ibu beragama Hindu yang bernama Indra Gandi. Dia telah menang dalam perbicaraan kes tersebut. Hujah di pihak peguam, anak Indra Gandi tidak boleh dikatakan beragama Islam hanya kerana suaminya memeluk agama Islam. Ini kerana, peruntukan undang-undang menyatakan bahawa keislaman anak itu berdasarkan persetujuan ibu bapa secara bersama. Ia diasaskan kepada perkataan ¡§dan¡¨ yang ditafsirkan di mahkamah sebagai persetujuan kedua-dua belah pihak.
Hakikatnya, bukan sekadar peruntukan di peringkat Mahkamah Sivil. Peruntukan di peringkat Mahkamah Syariah Selangor dan Terengganu juga mempunyai kandungan yang sama. Walau bagaimanapun, pihak MAIS tidak bersetuju dengan keputusan dalam kes Indra Gandi tersebut. Makanya, mereka mahu menggantikan perkataan ¡§dan¡¨ dengan ¡§atau¡¨, yang memberi implikasi penafsiran bahawa bukan persetujuan kedua-dua orang suami dan isteri, tetapi cukup salah seorang bersetuju, maka anak itu sudah dikira sebagai beragama Islam.
Pandangan Ulama Islam
Dari sudut perbincangan fiqh Islam, ilmuwan Islam tidak sependapat dalam perkara ini. Perbezaan itu terbahagi kepada tiga pandangan:
a. Pandangan majoriti yang menyatakan, agama anak sebagai Islam, jika ibu bapa yang salah seorang mereka memeluk Islam.
b. Pandangan Imam Malik, seorang ulama dari Madinah dalam lingkungan seribu tahun yang lalu, bahawa agama anak itu berdasarkan agama bapa, bukan agama ibu. Dengan kata lain, jika bapa memeluk agama Islam, maka anak itu muslim. Jika bapa tidak memeluk Islam, walaupun ibu memeluk Islam, maka anak dikira sebagai bukan muslim.
c. Pandangan Imam Tawus bin al-Kisan, seorang Ulama dari Yaman yang dalam lingkungan zaman hampir sama dengan imam Malik bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam, maka agama anak itu dikira sebagai sah setelah anak itu memilihnya selepas umur baligh. Jika dia memilih Islam, maka dia dikira sebagai muslim. Demikian juga dengan sebaliknya.
Dari ketiga-tiga pandangan ini, didapati ulama Islam itu tidak sekata dalam hal status agama anak bagi ibu bapa yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam. Ini kerana, tidak terdapat satu teks wahyu secara terang dalam menjelaskan perkara ini.
Ijtihad Baru
Dalam teks Islam, ada yang bersifat pasti dan ada bersifat ijtihadi. Antara perkara pasti dalam teks Islam, seperti penjelasan berkenaan keesaan Tuhan, Muhammad sebagai nabi akhir zaman, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya. Ia tidak boleh ditolak. Jika ada muslim yang menolak, ia boleh membawa implikasi terkeluar dari Islam.
Perkara bersifat ijtihad pula adalah sebarang perkara Islam yang terbuka kepada penafsiran dari ilmuwan Islam. Ia ada kaitan dengan pemikiran ilmuwan Islam, yang boleh sahaja diterima dan tidak salah untuk ditolak.
Apabila sesuatu perkara itu tergolong dalam kerangka ijtihadi, faktor kemaslahatan awam itu wajar diambil kira, seperti mengelak dari perbalahan. Berusaha sedaya mungkin untuk mengurangkan kerosakan, dan mencari kebijaksanaan yang mungkin untuk mencapai kebaikan di semua pihak.
Dengan itu, dalam kes yang melibatkan Indra Gandi sepertimana yang diputuskan di Mahkamah Sivil, tidak wajar dianggap sebagai menyalahi syariah. Walaupun keputusan mahkamah itu bahawa anaknya dianggap sebagai tidak beragama Islam, ternyata keputusan masih berada dalam lingkungan yang setahap dengan ijtihad ulama Islam lagi.
Dakwaan sokong murtad
Dalam pada itu, ada pihak berhujah kononnya peruntukan ini memberi gambaran bahawa ia membuka ruangan untuk anak itu TIDAK MEMELUK AGAMA ISLAM. Lalu, ia ditafsirkan sebagai keizinan murtad.
Dijawab bahawa dua ibu bapa yang asalnya tidak beragama Islam adalah sandaran bagi asal agama bagi si anak. Dengan itu, apabila salah seorang ibu atau bapa itu memeluk Islam, maka status agama anak itu pada asalnya adalah masih tidak beragama Islam lagi.
Dengan itu, mazhab Maliki berpendapat bahawa agama anak itu tetap bukan Islam, andai yang memeluk agama Islam itu adalah si ibu. Ini tidak menjadikan Imam Maliki cenderung untuk membuka ruangan untuk manusia jadi murtad.
Demikian juga, jika dilihat pada fatwa ulama Islam yang lain ¡V Tawus yang berpendapat bahawa salah seorang ibu bapa memeluk agama Islam tidak menjadikan keislaman anak, kecuali apabila dia baligh. Apabila baligh, ketika itu penentuan agama anak itu terletak pada pilihan anak itu sendiri - dia dikira sebagai muslim, jika dia memilih muslim. Dia dikira sebagai non-muslim, jika itu pilihan dia. Pendapat ini tidak menjadikan Tawus dituduh cenderung kepada kemurtadan.
Melihat kepada dua pandangan -Maliki dan Tawus- didapati bahawa peruntukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di Selangor dan Terengganu yang mensyaratkan kedua-dua ibu dan bapa mendapat persetujuan bersama dalam menentukan status agama anak bukan sesuatu yang bercanggah dengan syariah. Apatah lagi, mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak merupakan proses dalam menghindari permusuhan dan perbalahan dalam hal melibatkan perbezaan agama antara ibu dan bapa.
Penutup
Sebagai penutup, ada beberapa perkara yang ingin saya simpulkan:
Pertama, soal status agama anak dengan sebab perbezaan agama ibu dan bapa, dari sudut perbincangan ilmuwan Islam, ia masih dalam kerangka penafsiran. Dengan itu, terdapat beberapa pandangan.
Kedua, keputusan mahkamah melibatkan isu Indra Ghandi yang ada sebilangan muslim menganggap bahawa ia bercanggah dengan ajaran Islam ¡V anggapan itu tidak benar sama sekali.
Ketiga, memutuskan status agama anak dengan perlu mendapat persetujuan dua belah pihak, boleh dianggap salah satu mekanisma yang boleh diperakui. Ini kerana, dengan persetujuan ibu dan bapa secara bersama, paling tidak ia dapat menyelesaikan masalah perbalahan.